Friday, 9 March 2012

#30: Mail Box - Rumah ini syurga

Rumah ini syurga dia...
Di sini ditemui ketenangan dan kebahagiaan
Di lamannya ada kedamaian
Di ruang tamunya tawa berderai
Di dapur santapan beraroma
Di setiap sudut ada cerita bahagia
juga tangis duka


Penuh nikmat kehidupan
Limpahan kasih sayang dan rasa cinta
Pasti.
Rumah ini syurga dia...

#31: Mail Box - Pesanan


Pesanan dari Prof. Dr. Muhaya:
  • Ubah kehidupan tengok dengan mata hati, reset minda
  • Bekerjalah untuk tujuan hidup bukan memenuhi keperluan hidup
  • Dekati Allah 
  • Cari husnul khatimah dan Redha Allah
  • Jadikan kerja sebagai hamparan sejadah ibadah
  • Hiduplah untuk Allah
  • Cuba ubah kearah kebaikan sedikit-sedikit, tapi istiqamah
  • Teruskan mencari ilmu...
  • Jaga hubungan dengan Allah
  • Orang paling kaya orang paling bermanfaat kepada orang lain

#29: Mail Box - Siapa Yang Sudi

Helaian kertas tulis berbunga Lavender
Di sudut meja terletak terdampar
Masih kosong, bersih, putih,
Meminta dilakar
Menunggu sudi untuk dihantar
Mengharap kiriman menyejuk segar
Berkongsi rasa anugerah terbesar.




#28: Mail Box - Terima Kasih Sayang

Terima kasih sayang
kerana setia menunggu
Saat datangnya waktu
Membuka kartu rindu
Mencium harum lagu
Membisik kata syahdu

Terima kasih sayang
Kasih mu ku seru.

#27: Mail Box - Surat ini Ku tulis

Surat ini ku tulis
Setelah hati kita terguris
Sukar untuk berbicara terus

Surat ini ku tulis
Kerana kita sudah timbus
Masa lalu yang jerlus

Surat ini ku tulis
Sebagai pengikat kasih telus.

Siaran Kehidupan


Bagai Drama tari
Suis dicari
Pilihan di jari
Cerita terkini
Episod 21
Bab 12
Saluran 8
Frekuensi 113
Terus bersiaran lagi

Hari in hari baru
Perjalanan laju
Mahu tuju
Jalan berliku

Pada Yang Satu
Syukurku lagu.


#26: Mail Box - I Tried to Write

I tried to write but
My words seemed lost
My ink pen dried
My paper torn
My senses gone

I tried to write but
instead I cried.
I put a full stop.